KUNJUNGAN HORMAT UTP: PERKASA AGENDA ZAKAT & WAKAF BERSAMA MAIPk
IPOH,12 Ogos 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman bin Md Salleh menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) yang diketuai oleh Presiden & CEO UTP, Ir. M Firouz Asnan.
Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan Ahli Jawatankuasa baharu Tabung Amanah Zakat UTP (TAZU), membincangkan cadangan penstrukturan pengurusan zakat UTP serta hasrat UTP untuk mewujudkan dana wakaf tunai.
Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kerjasama strategik dalam memperkukuh pengurusan zakat dan wakaf demi manfaat ummah.





