• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • DARI DAPUR LATIHAN KE PENTAS GEMILANG, BELIA ASNAF TVET MAIPk RAI PENGIKTIRAFAN TERTINGGI

DARI DAPUR LATIHAN KE PENTAS GEMILANG, BELIA ASNAF TVET MAIPk RAI PENGIKTIRAFAN TERTINGGI

IPOH, 9 Ogos 2025 – Hari ini menjadi detik bersejarah buat anak-anak asnaf apabila Majlis Graduasi Haaza Centre of Excellence 2025 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Konvensyen, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad.

Seramai 25 belia asnaf yang mengikuti latihan di Haaza Centre of Excellence berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan serta Pembuatan Pastri dengan kelulusan cemerlang. Majlis ini bukan sekadar meraikan mereka yang tamatnya pengajian, malah menjadi titik permulaan kepada perjalanan mereka sebagai chef dan tenaga mahir dalam industri makanan, bersedia mewarnai dunia kulinari dengan rasa dan kreativiti tersendiri.

Sebagai sebuah akademi kulinari berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Haaza Centre of Excellence komited melahirkan generasi pelatih yang cekap, berintegriti dan bersedia menghadapi cabaran industri makanan serta hospitaliti. MAIPk melalui Bahagian Pemerkasaan Asnaf telah membelanjakan sebanyak RM500,000.00 bagi menaja sepenuhnya pengajian 25 belia asnaf ini, sekali gus membuktikan bahawa golongan asnaf juga berupaya melakar masa depan yang gemilang.

Pelajar tajaan MAIPk, Nur Shazeren Iskandar bin Saharudin (Penyediaan dan Pembuatan Makanan) turut dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Pengurusan MAIPk, Tuan Haji Bakri bin Lee dan Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Amirudin bin Osman.

Syabas graduan! Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada semua untuk berani bermimpi, berusaha tanpa henti, dan membuktikan bahawa tiada batas untuk berjaya.

video : Graduasi Haaza Centre of Excellence 2025: Belia Asnaf TVET MAIPk Catat Pencapaian Cemerlang





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.